Cucu 'lalok' ditangkap berduaan bersama wanita asing di rumah nenek uzur

Cucu ‘lalok’ ditangkap berduaan bersama wanita asing di rumah nenek uzur

SEORANG lelaki bujang ditahan penguat kuasa JAINJ selepas dicekup berkhalwat dengan seorang wanita warga asing di rumah neneknya malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang lelaki  ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas dicekup berdua-duaan dengan seorang wanita warga asing dalam serbuan di sebuah rumah di daerah ini malam tadi.

Serbuan kira-kira pukul 10 malam itu turut disertai pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di mana lelaki yang berusia lingkungan 30 an turut ditahan pegawai kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Lebih memilukan, ketika serbuan dibuat, turut berada di rumah berkenaan ialah nenek lelaki itu yang berusia lebih 80 tahun dan terlantar uzur.

Rumah tersebut merupakan milik warga emas berkenaan dan lelaki itu tinggal bersama bagi menjaga neneknya yang tinggal seorang diri.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN