KANGAR: Calon dari Pas yang layak diketengahkan sebagai Perdana Menteri mestilah dalam kalangan pemimpin yang paling takut kepada Allah dan mengikut perintahnya. Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, pemimpin yang takut dengan Allah tidak akan melakukan sebarang kemungkaran, selain bersedia berkorban demi rakyat. Katanya, antara pemimpin contoh seperti itu ialah Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin dari Pas yang bakal diangkat sebagai calon Perdana Menteri…










