Buka tudung, bukan sebab saya memberontak - Putri Dahlia

Buka tudung, bukan sebab saya memberontak – Putri Dahlia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENTING HIGHLAND: Penyanyi, Putri Dahlia, mencuri perhatian ramai apabila muncul buat kali pertama tanpa bertudung di acara Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) yang berlangsung,semalam.

Anak kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin itu menjelaskan keputusan itu dibuat dengan penuh kesedaran selepas lebih 15 tahun mengenakan tudung sejak kecil.

Katanya, dia mahu mulakan perjalanan baharu untuk lebih mendalami agama dengan cara tersendiri.

“Saya mula pakai tudung dari umur 6 tahun, saya tak dapat belajar agama saya sendiri. Saya hanya pakai tetapi tidak tahu (tak faham).

“Saya hanya mahu mulakan perjalanan baru dan nak belajar cari jalan sendiri dalam agama. Saya sekarang lebih rapat dengan Allah walaupun sudah tidak bertudung.

“Kalau sesiapa nak kecam, ini antara saya dengan Allah sahaja,” katanya.

Putri Dahlia juga menjelaskan keputusan untuk tidak lagi bertudung bukan mahu mencetuskan kontroversi atau sebagai tanda pemberontakan atas kemelut keluarga yang dilalui oleh ibunya.

“Orang lain boleh buat cerita apa saja tetapi keputusan saya membuka tudung bukan untuk mencetuskan kontroversi atau memberontak.

“Apa yang dilalui ibu (Nora) tidak ada kena mengena. Apa yang ibu saya lalui (kisah rumah tangga) saya sentiasa berikan sokongan terhadapnya.

“Apa saja yang dilalui oleh adik-beradik lain, saya harap mereka dapat hadapinya dengan tenang,” katanya.

Menurutnya lagi, keputusan peribadi yang dilakukan ini turut mendapat sokongan keluarga selagi dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

“Ibu dan keluarga beri sokongan kepada saya. Mereka cakap saya nampak cantik. Apa yang penting sebagai orang Islam perlu jadi orang baik.

“Sebelum ini saya pernah cakap dengan keluarga bahawa perkara ini (buka tudung) akan terjadi tetapi mereka cakap tak mengapa kita sama-sama doa asalkan saya gembira dan menunaikan solat.

“Kalau nak ikut cakap orang sampai bila-bila pun saya rasa kita boleh jadi gila. Contoh terbaik adalah keluarga saya, mak saya artis dia kena ikut cakap orang sampai sekarang dah jadi ‘gila’. Saya saja anak yang pentingkan kesihatan mental,” jelasnya.

Putri Dahlia yang kini sedang sibuk dengan persiapan album baharunya turut merancang untuk menukar nama pentasnya daripada ‘Putri Dahlia’ kepada ‘Dahlia’.

Alasannya, dia enggan dikaitkan dengan imej Muslimah dan tidak mahu mengambil pusing tentang kecaman netizen yang bakal diterima.

“Saya sebenarnya tak baca komen atau kecaman netizen. Bukan saya tidak peduli tetapi saya sedang fokus untuk album baharu.

“Saya nak tukar nama daripada Putri Dahlia kepada Dahlia saja. Saya rasa nama Putri Dahlia itu sinonim sebagai ikon islamik.

“Saya nak jadi diri saya, Dahlia saja. Di masa hadapan saya memang tidak akan baca komen-komen netizen dan hanya mahu fokus hubungan dengan Allah saja,” katanya.

Sebelum ini, Putri Dahlia tampil dengan imej bertudung dan menutup aurat sewaktu pembabitannya dalam bidang nyanyian.

Untuk rekod, Putri Dahlia merupakan anak perempuan kepada Nora dan komposer Allahyarham Johan Nawawi.

Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992.

Allahyarham meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

Selain Putri Dahlia, Nora mempunyai tiga lagi cahaya mata. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN