MELAKA: Kemunculan buaya di Sungai Paya Luboh, Tangga Batu di sini semalam dipercayai berpunca daripada banjir kilat yang menyebabkan reptilia itu tersesat dari habitat asalnya di Sungai Lereh. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, Petra Sulai berkata, paras air sungai yang meningkat memungkinkan buaya tembaga (crocodylus porosus) itu hanyut sebelum muncul di kawasan yang menjadi tumpuan pemancing. “Paya Luboh biasanya cetek dan berpasir, memang bukan habitat…










