GEORGE TOWN : Buaya tembaga yang ditangkap di perairan Teluk Bahang semalam dipindahkan ke Paya Indah Wetlands (PIW) di Dengkil, Selangor untuk proses kuarantin sebelum dilepaskan semula ke habitat yang sesuai. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pulau Pinang, Mohd. Zaide Mohamed Zin berkata, ketika ditangkap, reptilia jantan dewasa seberat kira-kira 100 kilogram (kg) itu dianggarkan berusia antara 30 hingga 40 tahun. “Buaya itu telah dibawa menaiki…