Beri kami masa, ada perkara perlu diselesaikan

Beri kami masa, ada perkara perlu diselesaikan -Ibu remaja UK

Minerva Balisong akhirnya bertemu anaknya David Balisong setelah melarikan diri ke Malaysia sejak Jun lalu.-GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu kepada remaja Britain yang hilang sejak Jun lalu memaklumkan dia dan anak lelakinya akan pulang ke negara mereka secepat mungkin.

Minerva Balisong, 50, berkata, dia dan anaknya, David Balisong, 17, telah berhubung dengan wakil kedutaan mereka bagi urusan pulang ke negara mereka.

Katanya, dia memohon ruang bagi menyelesaikan semua perkara terlebih dahulu dan enggan mengulas lanjut mengenai penemuan anak lelakinya.

“Sejak anak lelaki saya ditemukan semalam, saya belum lagi berehat. Beri kami masa, kerana ada perkara perlu diselesaikan.

“Kami juga akan pulang ke negara asal kami semula secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malam tadi, Minerva memaklumkan anaknya ditemukan dalam keadaan baik namun berat badannya merosot dan kelihatan sangat kurus.

Keadaan itu selepas anak lelakinya kehilangan berat badan kerana hanya makan makanan segera. 

Dalam pada itu, hasil siasatan polis mendapati remaja lelaki warga Britain meninggalkan rumah sebelum datang ke Malaysia pada awal Jun lalu kerana berselisih faham dengan keluarganya.

Remaja terbabit dilaporkan hilang sejak 7 Jun sebelum ditemukan selamat di sebuah hotel di Jalan Pudu, hasil maklumat orang awam semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN