Bella Astillah nafi bakal kahwin dalam masa terdekat - Utusan Malaysia

Bella Astillah nafi bakal kahwin dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Minta maaf kalau ada yang terasa atau kenyataan itu mencetuskan spekulasi.”

Demikian respons penyanyi dan pelakon, Bella Astillah yang menafikan dakwaan dirinya bakal naik pelamin bersama ahli politik, Syed Saddiq dalam masa terdekat seperti yang diperkatakan oleh adiknya, Didi Astillah.

Menurut Bella, kenyataan yang dikeluarkan adiknya sebelum ini adalah bersifat spontan dan gurauan yang hanya sekadar mahu membalas komen beberapa netizen.

“Saya pun terkejut apabila berita itu keluar. Tetapi adik saya, Didi Astillah tidak pernah keluarkan sebarang kenyataan berhubung berita perkahwinan saya.

“Dia suka bergurau senda dan balas komen netizen. Tidak sangka pula respons itu menjadi headline dan tumpuan ramai.

“Tetapi kenyataan itu sekadar untuk membalas komen dan bukan satu kenyataan,” katanya ketika ditemui di sidang media Muzikal Lawak Superstar, semalam.

Ditanya sama ada dirinya jemu dengan fenomena BASS, penyanyi lagu Lebih Indah Berpisah itu tegas menyifatkan keakrabannya bersama ahli politik tersebut hanya sekadar tuntutan kerja namun, tetap meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya.

“Saya tidak boleh kata tidak kisah kerana itu sebahagian daripada tuntutan kerja. Saya selalu berterima kasih kepada Primavalet kerana kolaborasi bersama Syed Saddiq. Doakan yang baik-baik,” jelasnya.

Bella berkata demikian selepas cakna ramai peminat menunggu gilirannya untuk naik pelamin bersama Syed Saddiq rentetan melihat pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman sudah bahagia dalam alam perkahwinan.

Terdahulu, Didi berseloroh spontan di ruangan komen seolah memberi gambaran kakaknya bakal mendirikan rumah tangga bersama Syed Saddiq dan akan mengikuti jejak Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga.

Lebih menguatkan lagi dakwaan mereka bakal berkahwin selepas pasangan itu mengadakan sesi fotografi khas di Perancis, baru-baru ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Muar yang menyahut cabaran Kejuaraan Ironman Dunia 2025 di Nice pada 14 September lalu turut ditemani Bella serta keluarga kedua-dua pihak.

Walaupun tidak mengesahkan status hubungan mereka, Syed Saddiq secara tidak sengaja memanggil penyanyi itu dengan panggilan ‘sayang’ ketika siaran langsung dalam media sosialnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN