Beg wartawan 'beratur' masuk prosiding inkues

Beg wartawan ‘beratur’ masuk prosiding inkues

BEG milik wartawan yang disusun bagi membuat liputan prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Memasuki hari kelima inkues kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, media yang membuat liputan prosiding itu menggunakan teknik baharu bagi memastikan mereka mendapat tempat di dalam dewan.

Sebelum ini, wartawan yang sudah berada di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu seawal pukul 7 pagi, mula beratur di hadapan Mahkamah Koroner pada pukul 8 pagi.

Hari ini, tugas untuk ‘beratur’ itu diserahkan kepada beg tangan dan beg komputer riba masing-masing.

Sejak prosiding inkues yang bermula 3 September lalu, kemasukan wartawan ke dalam Mahkamah Koroner dihadkan di antara 12 ke 15 orang pada setiap sesi atas konsep ‘siapa cepat, dia dapat’.

Prosiding hari ini akan diteruskan dengan keterangan daripada Inspektor Maidon Bernados dari Bahagian Siasatan Jenayah D10 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, yang menjalankan simulasi siasatan di lokasi kejadian.

Dua kakitangan yang bertugas di Asrama Blok Rabiatul Adawiyah, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar juga dijangka akan memberi keterangan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×