BENTONG: Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam banjir kilat yang melanda Inai Green Ville Resort, Jalan Sum Sum Hilir, Kampung Janda Baik di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi itu, empat mangsa termasuk seorang bayi berusia enam bulan dan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun nyaris berdepan risiko selepas air tiba-tiba melimpah masuk ke kawasan resort berkenaan. Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, limpahan…










