Ayam Brand, Sunway XFarms rai kanak-kanak kurang bernasib baik

Ayam Brand, Sunway XFarms rai kanak-kanak kurang bernasib baik

KANAK-kanak melukis pelan nutrisi makanan seimbang pada program #AyamBersamaMu anjuran Ayam Brand yang berlangsung di Sunway FutureX, Subang Jaya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Ayam Brand dan Sunway XFarms memberikan pengalaman bermakna kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dengan menghubungkan amalan pemakanan sihat dengan kaedah pertanian moden.

Aktiviti-aktiviti ini bertujuan memupuk minat generasi muda terhadap pemakanan seimbang, sambil meningkatkan kesedaran tentang kelestarian hidup.

Menurut, Ketua Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling, pemakanan dan pendidikan adalah dua perkara yang saling melengkapi dan melalui program #AyamBersamaMu, beliau mahu kanak-kanak untuk memahami kepentingan pemakanan sihat sambil membantu menangani keperluan makanan asas dalam komuniti dan membina asas yang lebih kukuh untuk masa depan.

“Ayam Brand turut memperluaskan impaknya melalui pengagihan bantuan makanan ke seluruh negeri dengan kerjasama NGO, Food Aid Foundation. Usaha ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 1,000 penerima, memastikan impak program ini berkekalan melebihi satu hari,” katanya dalam kenyataan semalam..

Program #AyamBersamaMu yang berlangsung di Sunway FutureX, Bandar Sunway turut meraikan seramai 60 kanak-kanak kurang bernasib baik menyertai seharian penuh aktiviti pembelajaran interaktif merangkumi pemakanan sihat, pertanian lestari dan aktiviti menyeronokkan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway XFarms, Afdhal Nayan berkata, kerjasama dengan Ayam Brand menunjukkan bahawa sinergi kolaborasi boleh melahirkan impak yang lebih besar.

“Dengan menggabungkan pemakanan sihat bersama pertanian lestari, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak melalui ilmu praktikal, sambil memastikan komuniti mendapat akses kepada makanan berkhasiat,” katanya.

Program #AyamBersamaMu merupakan kesinambungan program CSR tahunan yang bertujuan memastikan akses makanan berkhasiat sampai kepada mereka yang memerlukannya.

Tambahnya, Ayam Brand menegaskan visinya untuk memastikan makanan berkhasiat dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat, seiring usaha membentuk generasi yang lebih sihat dan berpengetahuan.

Dengan lebih sedekad menganjurkan inisiatif berimpak positif, Ayam Brand bukan sahaja menyalurkan bantuan makanan, malah turut memberi pendidikan pemakanan agar manfaatnya berpanjangan kepada masyarakat, terutamanya generasi muda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN