LANGKAWI: ASEAN perlu mengambil pendirian lebih tegas dalam perbincangan perubahan iklim global bagi memastikan perjanjian alam sekitar pelbagai hala yang dipersetujui rantau ini terus relevan. Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerjasama serantau dalam isu-isu alam sekitar utama perlu diperkukuhkan melalui kolaborasi rentas sektor yang lebih mendalam. Antaranya ujar beliau, melibatkan Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN (AMME), Pegawai Kanan Alam Sekitar ASEAN (ASOEN)…