Ancaman dadah kian serius

Ancaman dadah kian serius

SAIFUDDIN Nasution Ismail (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Majlis penutup Jelajah Pahang Teguh Dadah Terkawal 2025  Negeri Pahang di Balora Mastika Maran, Pahang. - UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Ancaman dadah di Malaysia semakin serius apabila 134,916 penagih dan penyalah guna direkodkan di seluruh negara setakat Jun lalu, sekali gus menuntut tindakan luar biasa serta kesepaduan seluruh masyarakat untuk menanganinya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah itu bukan sekadar angka statistik tetapi cerminan hakikat bahawa isu dadah kini menjadi ancaman besar kepada keselamatan, kesejahteraan sosial dan kestabilan ekonomi negara.

“Di Pahang sahaja, seramai 9,452 penagih direkodkan dalam tempoh sama, bersamaan 567 orang bagi setiap 100,000 penduduk. Golongan muda berusia 15 tahun hingga 35 tahun mendominasi angka ini, sekali gus memberi isyarat bahaya kepada masa depan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Jelajah Pahang Teguh Dadah Terkawal (PTDT) 2025 yang disempurnakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dewan Balora Mastika, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, di sini hari ini.

Menurut Saifuddin, trend penagihan dadah masa kini menunjukkan dadah sintetik seperti methamphetamine dan ketamin kekal menjadi pilihan utama penagih, berbanding dadah tradisional. Keadaan ini katanya, jauh lebih berbahaya kerana sifatnya yang mudah dihasilkan dan diseludup masuk ke negara ini. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN