Amira Othman ucapkan selamat tinggal pada zaman bujang - Utusan Malaysia

Amira Othman ucapkan selamat tinggal pada zaman bujang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Ciuman selamat tinggal zaman bujang.”

Itulah simbolik penyanyi, Amira Othman meraikan hari-hari terakhirnya sebelum bergelar isteri kepada pelakon, Fattah Amin bersama kenalan rapatnya dalam sebuah pesta bujang atau bachelorette party.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh usahawan Nellysa Aina di Instagram, Amira dilihat berseri mengenakan pakaian serba putih dihiasi veil dan selempang ‘getting hitched’ atau bakal bernikah.

“Allahumma Barik,” doa usahawan itu yang memuat naik video tersebut usai pasangan tersebut pengumuman pernikahan mereka, semalam.

Difahamkan, acara yang diadakan secara tertutup itu telah diadakan di sebuah bilik hotel di ibu negara beberapa hari sebelum khabar gembira tersebut diumumkan.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut dihujani doa serta ucapan tahniah dari warganet dan rakan selebriti yang rata-ratanya teruja untuk melihat pasangan itu ke jinjang pelamin.

Petang semalam, Fattah, tampil membuat kejutan lamaran di majlis pelancaran lagu terbaharu Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir di sebuah hotel.

Pengumuman itu secara tidak langsung meleraikan spekulasi mengenai hubungan mereka yang hangat menjadi sorotan sejak awal tahun lalu selepas aktor itu menyifatkan status mereka selepas ini bakal menjadi ‘teman serumah’.

Spekulasi hari jadi Fattah iaitu 14 September sebagai tarikh pernikahan yang sebelum ini dinafikan akhirnya disahkannya sendiri pada pengumuman berkenaan.

Terdahulu, kecoh di media sosial mendakwa kedua-dua personaliti popular itu bakal disatukan dalam tempoh terdekat selepas tular beberapa video pra-perkahwinan namun, mereka menafikannya.

Untuk info, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres, Fazura pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN