Ambil iktibar pergolakkan negara lain, kukuhkan perpaduan rakyat - Anwar - Utusan Malaysia

Ambil iktibar pergolakkan negara lain, kukuhkan perpaduan rakyat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu insiden pergolakan di beberapa negara lain ketika ini, menjadi pengajaran penting kepada Malaysia untuk memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, perpaduan menjadi tonggak keamanan sesebuah negara sekaligus memacu pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.

“Alhamdulillah kita masih aman kerana kalau ketimbang banyak-banyak negara lain (kita) jauh lebih baik, sebagai contoh negara Nepal berlaku rusuhan dimana-mana, menteri ditelanjakan isteri mati terbakar.

“Dua hari lepas berlaku insiden tembakan ke atas pemimpin di Universiti Utah, Amerika Syarikat.

“Kita doakan kalau sekarang mudah-mudahan kita dapat kekalkan keamanan dan perpaduan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutup IJTIMAK Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) di Sunway Big Box Hotel, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan kemajuan fizikal atau ekonomi negara harus berjalan seiring dengan pemeliharaan dan pengukuhan nilai-nilai kemanusiaan.

Jelasnya, dalam keghairahan membangunkan negara yang mahu mencapai status negara yang maju, nilai kemanusiaan tidak boleh diketepikan demi demi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

“Jangan sambil membangun kita merobohkan, kita bangunkan gedung, kita bangunkan industri kita bangunkan bangunan kehebatannya dan kita mencatat keuntungannya berlebihan tapi kita robohkan nikai manusia di dalamnya.

“Kita tidak peduli tentang nasib perumahan anak-anak, pekerja kita tidak peduli, pelajar tidak peduli pendidikan mereka, tidak peduli hasil pendapatan dan lebih parah kalau tidak mempedulikan nilai dan akal dan moral para pekerja itu.

“Ini disebut sambil membangun kita robohkan, yang dibangunkan itu gedung, yang dirobohkan itu nilai dan akal,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN