PETALING JAYA: Ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang didapati bersalah melanggar disiplin dan merosakkan imej parti akan berdepan dengan tindakan tegas termasuklah pemecatan serta-merta. Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, sebagai sebuah institusi dipertanggungjawabkan untuk menjaga disiplin, integriti dan tatatertib organisasi, pihaknya menegaskan bahawa setiap pelanggaran disiplin dan peraturan parti ditangani tanpa kompromi. Katanya, pihaknya akan segera bersidang dalam masa terdekat bagi meneliti semua laporan serta aduan…