Pengarah Maju Holdings,, Abu Sahid akan didakwa lagi

Pengarah Maju Holdings Abu Sahid akan didakwa lagi

Abu Sahid Mohamad sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur atas pelbagai pertuduhan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan Datuk Yap Wee Leong akan didakwa sekali lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan dana membabitkan projek lebuh raya bernilai kira-kira RM314 juta.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Datuk Ahmad Akram Gharib berkata, kali ini Abu Sahid akan didakwa atas tujuh pertuduhan di bawah seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama 403 Kanun Keseksaan berjumlah RM145 juta.

Wee Leong pula akan didakwa atas 18 pertuduhan di mana sembilan daripadanya adalah di bawah seksyen 18 Akta SPRM 2009 berjumlah RM209 juta dan sembilan lagi di bawah seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001 berjumlah RM387 juta. 

Pada hari ini, Abu Sahid dituduh atas empat pertuduhan pecah amanah kira-kira RM313 juta dan 13 pertuduhan pengubahan wang haram kira-kira RM139.2 juta.

Wee Leong pula didakwa menggunakan 17 dokumen tuntutan palsu antara Jun 2017 hingga April 2018 di mana dokumen berkenaan melibatkan tuntutan kerja tanah, saliran, cerun dan pembinaan subgred bagi projek Lebuhraya Putrajaya ke KLIA (MEX II).

“Kesemua ini dengan nilai antara RM9 juta hingga RM28 juta setiap satu menjadikan jumlah keseluruhan lebih RM314 juta,” katanya di sini.

Ahmad Akram berkata, pertuduhan baharu ini akan dibuat dalam tempoh masa terdekat.

“Untuk itu, sebutan semula kes bagi kedua-duanya pertuduhan ditetapkan pada 3 November ini,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN