A Aida sudah sedarkan diri, belum boleh terima pelawat - Utusan Malaysia

A Aida sudah sedarkan diri, belum boleh terima pelawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit, Datuk A. Aida dilaporkan telah sedar daripada koma selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak Khamis lalu.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan oleh anaknya yang juga pelakon, Azeva Natassha, 24, menerusi satu hantaran di Instagram pada Ahad.

“Alhamdulillah, mama sudah sedarkan diri tetapi masih perlu berada di bawah pemantauan rapi pihak hospital.

”Buat masa ini, beliau belum boleh dipindahkan ke wad biasa,” katanya.

Menurut Azeva, lawatan daripada pihak luar masih belum dibenarkan atas nasihat doktor bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan.

“Kepada rakan-rakan mama, saya mohon maaf kerana doktor tidak membenarkan sesiapa melawat buat masa ini.

“Ini bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman dan risiko lain,” jelasnya.

Dalam pada itu, Azeva turut memohon doa orang ramai agar ibunya kembali sembuh seperti sediakala.

“Saya mohon jasa baik semua untuk terus mendoakan agar mama segera sembuh dan dapat kembali bekerja seperti biasa. Terima kasih atas doa dan sokongan yang diberikan,” ujarnya.

Terdahulu, Datuk A. Aida dilaporkan rebah selepas menjalani sesi fisioterapi di sebuah pusat perubatan sebelum dimasukkan ke ICU dan ditidurkan untuk rawatan lanjut. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN