A. Aida dimasukkan ke ICU

A. Aida dimasukkan ke ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit terkenal, Datuk A. aida dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital, di sini.

Perkembangan itu dikongsikan rakan rapatnya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff menerusi media sosial petang tadi.

“Saya dengan rendah hati memohon agar semua sahabat sekalian mendoakan kekanda dan sahabat saya, Datuk A. Aida.

“Beliau kini berada di ICU sebuah hospital di ibu negara. Doakan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.

Mohd. Izhar bagaimanapun tidak memaklumkan punca pengasas A. Aida Production itu dimasukkan ke ICU.

Sementara itu, ramai rakan artis yang meninggalkan komen, mendoakan agar A. Aida segera sembuh seperti sediakala.

“Allahuakhbar, Syafakillah Datuk A. Aida,” tulis penyampai radi dan penyanyi, Haiza Hanafi.

“Allah Taala, moga baik-baik buat Datuk A. Aida,” komen pelakon, Bell Ngasri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN