SERAMAI 80 pelajar daripada 10 buah sekolah rendah dan menengah di daerah Kuala Muda Yan menyertai Bengkel Penstrukturan Peraturan Baharu Silat Olahraga 2025 di pekarangan Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.
Bengkel tersebut anjuran Akademi Panglima Sungai Petani.
Urusetia bengkel berkenaan, Muhammad Fauzan Naim Md Zaidi berkata, pelbagai ilmu dapat disampaikan kepada peserta tersebut mulai pukul 8.30 pagi hingga 10.30 malam.
“Melalui ilmu diberikan itu, pelajar tersebut akan lebih mematuhi atur cara dalam setiap kejohanan silat nanti,” katanya.
Semasa di bengkel itu diadakan, peserta mengikuti ceramah dan tunjuk ajar disampaikan oleh Panglima Farid Nazmi Ahmad Faizal dan Muhamad Faris Na’im Ahmad Faizal.
“Terima kasih juga kepada ahli jawatankuasa dari Gelanggang Akademi Panglima Cawangan Masjid Al Busyra, Merbok kerana memberi kerjasama bagi menjayakan bengkel kali ini,” katanya.- UTUSAN