KUALA LUMPUR: Sebanyak 76,002 kandungan berkaitan penyebaran maklumat palsu, buli siber serta penglibatan kanak-kanak bawah umur 13 tahun telah diturunkan daripada aplikasi media sosial TikTok sejak 1 Januari hingga 31 Ogos lalu. Kesemua kandungan itu telah diturunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana melanggar garis panduan komuniti. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, bagaimanapun 10,730 kandungan gagal dipadamkan meskipun sudah diminta oleh SKMM. “Alasan mereka tidak menurunkan kandungan berkenaan…