ISKANDAR PUTERI: Seramai 62 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat gegaran gempa bumi lemah di Segamat akan menerima bantuan sebanyak RM3,000 bagi meringankan beban. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, berdasarkan laporan Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat, dua surau dan sembilan premis kerajaan turut dilaporkan mengalami kerosakan kecil. Bagaimanapun, katanya, penilaian teknikal oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengesahkan semua bangunan masih selamat…