Zizan Razak terus minta nombor akaun, mahu bantu Amir Raja Lawak - Utusan Malaysia

Zizan Razak terus minta nombor akaun, mahu bantu Amir Raja Lawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika ditimpa kesusahan, pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak, terharu apabila ada rakan artis yang mahu menghulurkan bantuan termasuklah selebriti, Zizan Razak. 

Menurut Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 36, walaupun Zizan tidak mahu kebaikannya diceritakan, namun Amir berasa terpanggil untuk berkongsi sifat prihatin dan pemurah pelakon Abang Long Fadil itu. 

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan menerusi Facebook, Zizan bertanya keadaan kesihatan bapa Amir dan terus meminta nombor akaun untuk menghulurkan bantuan kewangan. 

“Zizan ni kalau ikutkan memang tak suka benda baik yang dia buat dihebahkan. Tapi saya rasa perlu bagitahu, sebab saya sendiri saksi dia orang yang baik hati.

“Saya doakan Zizan dan semua yang ambil berat ni sentiasa berada di bawah lindungan Allah dan dijauhkan dari perkara yang tak baik,” tulisnya Amir. 

Semantara itu, cerita Amir, bukan hanya Zizan yang menghubunginya tetapi rakan pelawak lain seperti Mamat Sepah dan ‘Cip’ Lando Zawi juga rajin menghulurkan bantuan. 

“Mamat Sepah pun bertanya khabar,  ‘Cip’ Lando Zawawi awal-awal lagi sudah telefon saya bertanya khabar, bila saya bagitahu keadaan sebenar dan belum habis ayat lagi, dia terus mintak nombor akaun, sangat steady.

“Penerbit, orang belakang tabir, kawan-kawan artis, dan geng pelawak lain pun ada yang ambik cakna jugak, cuma yang dua orang ni selalu nampak aktif dengan saya, jadi saya sebut nama mereka sahajalah,” katanya lagi. 

Terdahulu, Amir mendedahkan bapanya menghidap kanser usus dan mendesak syarikat stesen televisyen melunaskan hutang berjumlah RM18,000 untuk membiayai kos rawatan bapanya.

Amir turut mendedahkan bahawa beliau pernah menjual kereta Proton Juara demi menampung keperluan harian dan rawatan bapanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN