SEREMBAN: Sejak 35 tahun lalu, seorang warga emas tidak ketinggalan meraikan acara sambutan sempena hari kebangsaan pada setiap pagi 31 Ogos. Pada tahun ini, Junaidah Abdul Rahman, 70, dari Taman Desa Rhu, Sikamat berkata, dia sanggup hadir seawal pukul 3 pagi di Padang Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk menyambut Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Sembilan. Katanya, walaupun usia semakin lanjut dan kudrat terbatas, dia tetap berusaha hadir ke sambutan bersama…










