Warga asing ceroboh landasan LRT ditahan

Warga asing ceroboh landasan LRT ditahan

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga asing ditahan polis kerana didapati menceroboh serta melintas landasan transit aliran ringan (LRT), semalam.

Penahanan dilakukan susulan laporan dibuat anggota polis bantuan Prasarana pada pukul 10.11 pagi.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pengadu memaklumkan kehadiran individu tidak dikenali menceroboh landasan LRT Masjid Jamek laluan Ampang dan melintas dari platform dua ke platform satu.

“Pengadu kemudiannya segera ke lokasi dan berjaya menahan suspek sebelum membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sulizmie Affendy berkata, siasatan awal mendapati tujuan suspek menceroboh kerana mahu mengambil jalan pintas untuk ke tempat kerjanya.

Katanya, suspek juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata, kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959.

“Satu permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dipohon hari ini untuk tujuan siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN