PETALING JAYA: Seorang wanita warga China direman empat hari untuk siasatan kes mencederakan pegawai kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini. Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata, reman suspek bermula semalam. “Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam), Seksyen 332 Kanun Keseksaan (mencederakan penjawat awam) dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan (menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam). “Orang…










