Wani Kayrie terharu Cak Cak Cekuk meriahkan Hari Kebangsaan

Wani Kayrie terharu Cak Cak Cekuk meriahkan Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Wani Kayrie meluahkan rasa terharu apabila lagunya yang berjudul, Cak Cak Cekuk dipilih untuk dipersembahkan sempena sambutan Hari Kebangsaan, pada 31 Ogos ini.

Lebih menyentuh hati, Wani turut memaklumkan adiknya, Wina Kayrie turut terlibat menjadi salah satu peserta yang akan membuat persembahan menerusi lagu popularnya itu nanti.

“Lama saya simpan rahsia ini. Apabila adik saya bagitahu dia terlibat dengan persembahan itu sempena Hari Kebangsaan dan gunakan lagu ‘Cak Cak Cekuk’, saya sangat teruja dan tidak sabar nak lihat persembahan penuh nanti,” katanya.

Wani berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram selain turut berkongsi momen ketika sesi latihan dijalankan.

“Baru tengok video latihan pun saya dah rasa meremang satu badan. Ini betul-betul satu hadiah bermakna untuk kejayaan lagu ni.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang terus menyokong,” luahnya.

Terharu lagunya diangkat menjadi salah satu persembahan untuk memeriahkan ulang tahun kemerdekaan negara tercinta, penyanyi 25 tahun itu menganggap perkara itu sebagai satu pencapaian terbesar dalam kerjaya seninya.

“Bukan mudah nak hasilkan lagu yang diterima semua peringkat usia.

“Jadi, bila lagu ini dipilih untuk acara besar seperti sambutan kemerdekaan negara, ia sesuatu yang sangat luar biasa buat saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN