Tukang masak didakwa memiliki 2 kad ATM milik orang lain

Tukang masak didakwa memiliki 2 kad ATM milik orang lain

TAN Beng Li (tengah) ketika tiba di Kompleks Mahkamah Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seorang tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu memiliki kad mesin juruwang automatik (ATM) milik individu lain, bulan lalu.

Tertuduh, Tan Beng Li, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki dua kad ATM milik dua individu berasingan tanpa kuasa sah di sebuah bank di Taman Usahaniaga, Bukit Mertajam pada pukul 5.30 petang, 8 Julai lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 424A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM50,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN