PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) digesa menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantau pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Buli di Tempat Kerja supaya lebih berkesan. Jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr. Muhammad Yassin berkata, garis panduan itu sepatutnya sudah lama diperkenalkan di seluruh fasiliti KKM bagi mengekang isu buli sejak sekian lama. Menyambut baik perkara itu, beliau berkata, KKM kini perlu memberi penekanan kepada pelaksanaan garis panduan tersebut jika berlaku lagi kes buli…