Trauma berdepan ribut ketika naik pesawat, Intan Najuwa minta tips hilangkan ‘anxiety’ - Utusan Malaysia

Trauma berdepan ribut ketika naik pesawat, Intan Najuwa minta tips hilangkan ‘anxiety’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Orang nak pergi bercuti seronok, saya takut.”

Demikian luahan pelakon, Datin Intan Najuwa yang mengalami ketakutan melampau atau trauma untuk menaiki kapal terbang.

Menurut Intan, dia pernah berdepan dengan detik cemas apabila pesawat yang dinaikinya dilanda ribut yang teruk apatah lagi pada ketika itu dirinya sedang sarat hamil anak sulungnya, Imane Lunara.

“Kali terakhir saya pergi melancong, saya sedang sarat kandungkan Lunara dan ribut pada ketika itu sangat teruk sehingga buat saya trauma.

“Saya ingat lagi betapa takutnya saya di dalam pesawat ketika itu. Dan sekarang, kami akan nelancong kembali pada minggu depan. Kali ini kami bawa Lunara sekali.

“Tak dapat dinafikan, ‘anxiety’ (keresahan) itu sangat benar. Fikiran saya asyik bermain detik cemas ketika itu,” tulisnya di Threads.

Bimbang bakal berdepan dengan situasi yang sama, pelakon Tuan Danial itu turut meminta tips untuk menangani ketakutannya untuk menaiki kapal terbang ketika bercuti tidak lama lagi.

“Ada tak tips atau cara untuk membantu tenangkan rasa gelisah ketika menaiki kapal terbang?

“Saya nak sangat nikmati percutian kali ini, tidak panik untuk melaluinya,” katanya.

Imane Lunara merupakan cahaya mata sulung Intan bersama ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman yang mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN