Tiga termasuk pegawai kanan PBT ditahan SPRM, 19 akaun RM7 juta dibekukan - Utusan Malaysia

Tiga termasuk pegawai kanan PBT ditahan SPRM, 19 akaun RM7 juta dibekukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang pegawai kanan yang berkhidmat di agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) antara tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat rasuah sejak 2014.

Pegawai kanan gred Jusa B itu ditahan bersama seorang pemilik syarikat dan orang awam.

Menurut sumber, pegawai yang berkhidmat di ibu negara berusia lingkungan 50-an itu ditahan sekitar pukul 4 petang tadi di pejabatnya.

Manakala, pemilik syarikat merupakan seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an masing-masing ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan sekitar pukul hingga 2 petang tadi.

“Ketiga-tiga suspek dipercayai terlibat rasuah sejak 2014 di mana suspek berjawatan pemilik syarikat terbabit dipercayai telah membayar rasuah kepada pegawai PBT berkenaan sebagai balasan membantu mendapatkan projek di PBT terbabit.

“Susulan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek, SPRM turut menyita wang tunai kira-kira RM150,000, empat peranti telekomunikasi, dua unit kenderaan jenis Lexus RX500H serta Mini Cooper, beg tangan serta kasut berjenama Hermes dan Louis Vuitton,” kata sumber.

Sumber berkata, SPRM juga telah membekukan 19 akaun perbankan milik individu serta syarikat melibatkan nilai lebih RM7 juta.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN