Tiada bayangan mahu berkahwin lagi - Utusan Malaysia

Tiada bayangan mahu berkahwin lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kalau kahwin kali kedua memang lagi berseri auranya.”

Demikian gurauan nakal peminat menerusi ruangan komen dalam hantaran penyanyi, Adira Suhaimi baru-baru ini.

Adira yang mengenakan busana pengantin menerusi video itu menuai pelbagai reaksi termasuk telahan yang kononnya dia bakal sekali lagi bergelar isteri.

Pemilik nama penuh Siti Adira Suhaimi ini bagaimanapun tampil menjelaskan rakaman yang dimuat naik di Instagram itu sekadar kandungan mempromosikan busana pengantin.

“Itu bukanlah untuk memberi bayangan (akan berkahwin).
Hanya rakaman untuk promosikan butik pengantin orang lain.

“Apa pun saya sambut baik peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan saya.

“Selagi peminat ambil tahu, selagi itu mereka masih sayangkan kita,” kongsinya ketika sesi latihan untuk Festival Cinta Sayang baru-baru ini.

Adira dalam masa yang sama memaklumkan sentiasa bersikap terbuka terhadap tanggapan peminat mengenai dirinya di media sosial.

“Saya terima pandangan mereka. Saya faham, netizen pasti mahu berkongsi reaksi bagi setiap tindak tanduk kita.

“Saya tak ada masalah berdepan semua itu,” katanya lagi.

Adira pada Disember 2015 bergelar isteri kepada Adnan Abu atau Datuk Red. Mereka bagaimanapun bercerai pada April tahun lepas.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN