PETALING JAYA: Tertekan kerana dikongkong teman wanita dipercayai punca seorang lelaki bertindak membunuh kekasihnya di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Subang, dekat sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor, berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memaklumkan telah membunuh teman wanitanya kira-kira pukul 8.54 malam. Katanya, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah hadir ke alamat berkenaan untuk melakukan pemeriksaan. “Pintu rumah dibuka…