Teknologi AI perlu seimbang dengan nilai, jati diri dan produktiviti

Teknologi AI perlu seimbang dengan nilai, jati diri dan produktiviti rakyat

ANWAR Ibrahim ketika hadir pada pelancaran Program Madani Rakyat 2025 Negeri Sembilan di Dataran Nilai, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital di Malaysia perlu dilakukan secara berhati-hati agar tidak menjejaskan jati diri, akhlak, nilai dan keyakinan agama serta budaya rakyat tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat kebimbangan bahawa penerokaan AI yang terlalu mengikut acuan negara luar boleh menyebabkan kesenjangan dalam kalangan rakyat, terutamanya jika tiada penyesuaian dilakukan mengikut konteks tempatan.

“Kita tidak mahu AI dan digital menyebabkan kesenjangan membangkang antara golongan. Kita tidak mahu penyesuaian yang lemah sehingga membawa kepada kehilangan jati diri, akhlak, nilai dan keyakinan agama serta budaya kita,” katanya berucap pada pelancaran Program Madani Rakyat 2025 Negeri Sembilan di Dataran Nilai di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, langkah-langkah wajar perlu diambil bagi memastikan transformasi digital benar-benar memberi manfaat kepada rakyat daripada segi peningkatan perkhidmatan dan produktiviti.

“Katanya, transformasi digital yang berlaku perlu menghasilkan peningkatan produktiviti secara menyeluruh, tanpa menjejaskan nilai kemanusiaan, keagamaan dan kebudayaan yang menjadi teras masyarakat.

“Ilmu dan teknologi baharu memang penting, tetapi jangan sampai menenggelamkan nilai-nilai murni. Kita mesti mempertahankan identiti, akhlak dan kebanggaan terhadap budaya sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN