SEREMBAN: Pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital di Malaysia perlu dilakukan secara berhati-hati agar tidak menjejaskan jati diri, akhlak, nilai dan keyakinan agama serta budaya rakyat tempatan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat kebimbangan bahawa penerokaan AI yang terlalu mengikut acuan negara luar boleh menyebabkan kesenjangan dalam kalangan rakyat, terutamanya jika tiada penyesuaian dilakukan mengikut konteks tempatan. “Kita tidak mahu AI dan digital menyebabkan kesenjangan membangkang…