BATU KAWAN : Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-68 tahun ini diraikan dengan cara unik oleh sebuah restoran nasi kandar di Bandar Cassia yang menawarkan minuman percuma bagi setiap pembelian makanan dalam tempoh 24 jam. Pengarah Nasmir Holding Sdn. Bhd., Mohammad Nasmir Kadhar Shah berkata, promosi istimewa bermula 7 pagi tadi sehingga 7 pagi keesokan harinya itu diadakan buat kali pertama khusus buat pelanggan mereka yang terdiri daripada berbilang kaum. Katanya,…