Tapak tol pertama negara di Slim River jadi hab hasil pertanian - Utusan Malaysia

Tapak tol pertama negara di Slim River jadi hab hasil pertanian

AMINUDDINN Zulkipli merasmikan Medan Agrobazaar Tol Lama Slim River hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Tapak tol pertama di negara ini yang beroperasi pada 1966 sebelum ditamatkan 28 tahun kemudian, kini menjadi hab hasil pertanian penduduk kampung termasuk masyarakat Orang Asli dengan perasmian Medan Agrobaazar Tol Lama, Slim River di sini hari ini.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Aminuddin Zulkipli berkata, pemilihan itu berdasarkan lokasi yang strategik selain mampu memacu aktiviti ekonomi komuniti luar bandar.

“Medan Agrobaazar  ini mula beroperasi sejak Februari lalu dan menempatkan empat usahawan tempatan yang menggerakkan aktiviti jualan secara harian.

“Sehingga Julai, nilai jualan terkumpul yang dicatatkan di Medan Agrobaazar  ini mencecah RM25,700 dengan kadar sewa sebulan hanya RM300,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Perasmian Medan Agrobazaar Slim River di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin dan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Safry Kamal Ahmad.

Aminuddin berkata, Medan Agrobaazar itu mampu menjadi pemacu ekonomi baharu kepada komuniti setempat apabila diberikan sokongan fasiliti dan pendedahan pasaran yang betul.

“Antara produk utama yang ditawarkan di sini termasuk buah-buahan dan air buah segar, kelapa muda serta pelbagai produk industri makanan asas tani (IMAT) yang dihasilkan oleh usahawan tempatan.

“Medan Agrobaazar ini turut menjadi lokasi tetap jualan produk rebung yang telah dijenamakan semula sebagai Rebung Madani,” katanya.

Tambah beliau, produk jering dan petai hasil hutan tempatan turut ditawarkan yang segar dan berkualiti tinggi untuk pengguna dengan harga yang berpatutan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN