Tak faham juga Cik Bunga dengan perangai seorang aktor tampan tanah air ini. Setahu Cik Bunga, dia ini memang sudah berpisah dengan bekas isterinya. Sudah lama pun.
Bekas isterinya pun memang cantik perwatakannya, manis sahaja orangnya.
Tidak cuma itu, setahu Cik Bunga, semasa mereka berpisah pun secara baik. Kiranya memang tiada masalah pun antara mereka berdua, cuma jodoh sahaja tidak panjang.
Tetapi itulah, kita tidak kisah pun kalau sudah bercerai tetapi pasangan itu masih mengekalkan hubungan baik. Tetapi rasanya, tidak perlulah hubungan baik itu sampai ke atas katil.
Dengar macam tidak senonoh bukan? Tetapi ya, jangan tak tahu, wujud sahaja perkara begini. Tetapi yang membuatkan kita semua hendak mengucap panjang itu, sebab mereka ini bukan mat salleh pun.
Sah-sah lah Melayu, beragama Islam.
Cik Bunga terfikir juga, kalau hendak macam itu, buat apa bercerai sebelum itu? Lebih baik kekalkan sahaja perkahwinan itu dan jaga dengan baik. Betul tak? Sah-sah lah hubungan halal dan tak akan ada yang boleh persoal.
Cik Bunga pun tidak mahu cakap lebih-lebih sangat pasal bab ini sebab serba tidak kena. Pasangan itu fikir orang tidak akan tahu agaknya. Tetapi ingatlah, dalam cuba hendak menyorok-nyorok, akan terbuka juga pekung sendiri.
Tetapi apa pun, Cik Bunga masih terkejut dengan khabar angin ini. Kalau betul lah mereka bermaksiat, elok-eloklah segera bertaubat. Malulah masing-masing ada keluarga.