STL GP Perak: Johor Tigris layak ke separuh akhir - Utusan Malaysia

STL GP Perak: Johor Tigris layak ke separuh akhir

PEMAIN Terengganu Turtles, Muhammad Khairul Aman (kanan) menghalang bola rejaman pemain Johor Tigris, Teerapat Deecharoen pada saingan STL GP Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Johor Tigris layak ke separuh akhir saingan Sepak Takraw League (STL) GP Perak apabila menang 2-0 ke atas Terengganu Turtles pada perlawanan di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Dengan kemenangan tersebut, Johor Tigris muncul juara Kumpulan D manakala Angkatan Tentera menduduki tempat kedua.

Pada perlawanan hari ini, Johor Tigris beraksi cemerlang sehingga Terengganu tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengelak kekalahan.

Aksi cemerlang trio Johor Tigris membolehkan mereka hanya mengambil masa 19 minit untuk menamatkan perlawanan set pertama 15-6.

Walaupun Turtles cuba memberi tentangan tetapi lawan bijak mematikan setiap langkah wakil Terengganu itu.

Malah, set kedua berakhir dengan lebih cepat iaitu dalam masa 17 minit dengan keputusan 15-3.

Apit kiri Johor Tigris, Farhan Adam berkata, keinginan untuk mara ke separuh akhir menyemarakkan semangat pemain ketika berdepan lawan.

“Kami bermain untuk mengutip kemenangan. Syukur kami berjaya melakukannya. Tidak Sangka kemenangan dicapai dengan agak mudah.

“Kini kami perlu fokus kepada perjuangan di separuh akhir nanti,” katanya.

Farhan turut memuji persembahan rakan sepasukan, Hairul Hazizi (tekong) dan Teerapat Deecharoen  yang bermain baik dalam memastikan kemenangan ke atas Terengganu Turtles. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN