Skim tanaman semula sambung jangka hayat industri sawit 

Skim tanaman semula sambung jangka hayat industri sawit 

Skim tanaman semula sawit diketengahkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia selaku pengeluar sawit kedua dunia.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Skim tanaman semula sawit diketengahkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bukan sahaja mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia selaku pengeluar sawit kedua dunia, malah menyambung  jangka hayat industri berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata pekebun mengakui kenaikan kos tanam semula yang merangkumi kerja-kerja membersihkan kawasan dan input pertanian memberikan kesan kepada mereka.

Memburukkan keadaan, harga sawit yang tidak menentu ketika ini menyebabkan mereka berdepan kesukaran memulakan kerja-kerja tanam semula.

Seorang pekebun sawit, Mohamad Ali Mohamad Arifin, 56, berkata, langkah itu mampu mengurangkan kos para pekebun untuk memulakan kerja-kerja taman semula sawit yang berdepan dengan peningkatan ketika ini.

“Menerusi penyediaan insentif ini, sekurang-kurang ia menambah jangka hayat kami dalam meneruskan kelangsungan hidup dengan mengusahakan tanaman sawit. 

“Walaupun harga sawit pernah mencecah lebih RM1,000 bagi satu tan ini, namun ia tidak stabil dan sentiasa berubah. Saya yang memiliki empat hektar ladang kelapa sawit tetapi harga jualan sawit bergantung kepada peraih,” katanya.

Seorang lagi pekebun, Hamdan Osman, 48, berharap inisiatif kerajaan dalam RMK13 dapat mengukuhkan pasaran harga kelapa sawit.

Katanya, jika harga sawit kukuh, ia mampu meningkatkan pendapatan serta membantu proses tanam semula.

Sebelum ini, skim tanaman semula sawit buat pekebun kecil yang digariskan dalam RMK13 bakal mengukuhkan kedudukan Malaysia selaku pengeluar sawit kedua dunia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN