SK Bukit Gambir kini sudah miliki kumpulan kompang

SK Bukit Gambir kini sudah miliki kumpulan kompang

MISLINAH Mesral (tiga dari kanan) bergambar bersama kumpulan kompang Al-Jauhar selepas mengarak pasangan pengantin di Bukit Gambir, Tangkak, Johor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebagai langkah memberikan kesinambungan warisan bangsa, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gambir, Tangkak, Johor mengambil inisiatif menubuhkan kumpulan kompang sekolah.

Guru Besar, Mislinah Mesral berkata kumpulan yang diberi nama Al-Jauhar itu ditubuhkan pada tahun 2010 dengan keahlian seramai 35 orang terdiri daripada murid darjah dua hingga enam.

Katanya, kumpulan kompang itu ditubuhkan bertujuan untuk mencungkil bakat murid yang berminat dengan kesenian itu untuk dilatih bagi menguasai permainan dan rentak.

”Walaupun ahlinya bertukar ganti, namun penubuhan kumpulan ini dapat memberi peluang murid menunjukkan bakat mereka di samping berani bercampur dengan masyarakat.

Mislinah berkata kumpulan kompang Al-Jauhar dibimbing dan dilatih oleh tiga orang guru iaitu Noriani Jamal, Busyra Hani’ Abd Ghani dan Syazwan Salleh dan menyediakan perkhidmatan kompang berarak, kompang formasi dan kompang inovasi.

Katanya, kumpulan Al-Jauhar sering mengadakan persembahan dalam aktiviti sekolah seperti menyambut kenamaan dalam majlis mesyuarat agung, penyampaian hadiah dan sambutan Maulidur Rasul.

Selain itu, mereka juga memenuhi undangan mengarak pasangan pengantin di sekitar Bukit Gambir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN