LUMUT: Kehilangan dua pencari siput belitung lebih setahun lalu terus menjadi tanda tanya, namun ahli keluarga mangsa tidak pernah berputus asa mengharap kepulangan mereka. Yahya Harun, 55, dan rakannya, Azman Mat Jaab, 61, dilaporkan hilang di kawasan Sungai Tuntung, Pantai Remis di sini pada Julai lalu ketika mencari siput belitung. Mereka tidak ditemukan walaupun operasi pencarian secara besar-besaran dilakukan termasuk oleh tentera. Anak kepada Yahya, Mohamad Noor Azlan, 29, berkata,…