DUNGUN : Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut dalam kemalangan di Kilometer 370 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran hentian rehat dan rawat Bukit Besi di sini, tengah hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Hariz Fahmi Shaizuren Amin, 29, berasal dari Seri Kembangan, Selangor, meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan di beberapa bahagian badan. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama beberapa rakannya yang menunggang motosikal…