selebriti Korea yang berbakat dan genius - Utusan Malaysia

selebriti Korea yang berbakat dan genius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Di saat ratusan selebriti ternama Korea Selatan menjadi kegilaan ramai kerana rupa paras yang menawan, tampan dan berbakat, ada juga beberapa personaliti yang dikagumi kerana kebijaksanaan mereka.

Biarpun ada yang berpandangan seseorang penghibur tidak memerlukan IQ yang tinggi seperti golongan yang bekerja di luar bidang hiburan, namun kepintaran sesetengah selebriti ini mampu memberikan manfaat serta mengubah persepsi masyarakat terhadap industri seni Korea Selatan sendiri.

Berikut lima selebriti Korea Selatan yang bukan sahaja berbakat, malah mempunyai kepintaran luar biasa.

RM BTS

Umum tahu, ketua kumpulan k-pop terkenal, BTS iaitu Rap Monster atau RM memiliki kepintaran luar biasa dengan tahap IQ 148. Bukan itu sahaja, pemilik nama Kim Nam Joon itu juga membuktikan kepintarannya secara akademik sejak sekolah menengah selepas berjaya menempatkan diri di tempat pertama dalam peperiksaan kemasukan universiti kebangsaan.

Selain berbakat dalam menghasilkan karya berkualiti untuk BTS, keupayaan RM yang fasih berbahasa Inggeris juga membuka peluang untuk kumpulannya melebarkan sayap secara global.

RM mempunyai ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran dan Hiburan dari Universiti Siber Global. Dia lulus dengan kepujian dan menerima Anugerah Presiden.

Beliau juga sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam Pengiklanan dan Media di Hanyang Cyber University.

CHA EUN WOO

Pelakon dan anggota kumpulan Astro, Cha Eun Woo sentiasa berada dalam kalangan pelajar yang mendapat markah tertinggi,.

Memiliki tahap IQ 142, pelakon drama True Beauty itu juga saktif dalam bidang kokurikulum seperti menjadi presiden majlis, memenangi anugerah perbahasan bahasa Inggeris dan membaca.

OK TAEC YEON

Anggota kumpulan 2PM, Ok Taec Yeon juga mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Difahamkan, Taec Yeon bersekolah di Bedford High School di Massachusetts selama tujuh tahun sebelum kembali ke bersekolah di Seoul, Korea.

Kemudian, pelakon Vicenzo itu lulus dari Universiti Dankook dengan ijazah sarjana muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan sedang bercuti dari program sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan Antarabangsa di Universiti Korea.

KIM TAE HEE

Aktres jelita, Kim Tae Hee antara selebriti yang dikagumi kerana kebijaksanaannya dan rupa parasnya yang menawan. Isteri kepada penyanyi, Rain itu memiliki kelulusan ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Reka Bentuk Fesyen dari Seoul National University yang dihadiri oleh 1 hingga 1.5 peratus pelajar Korea Selatan.

Malah, aktres yang membintangi drama Hi Bye, Mama itu juga terkenal dengan kecemerlangan akademiknya sehingga mendapat gelaran Head Banger kerana tabiat belajarnya yang tekun.

Meskipun sudah mempunyai kerjaya yang kukuh dalam industri hiburan Korea Selatan, Tae Hee dan Rain dikatakan mempunyai kekayaan yang luar biasa kerana kebijaksanaan mereka dalam pengurusan hartanah.

SONG JOONG KI

Bukan sahaja berbakat dan tampan, tidak ramai yang menyangka aktor popular, Song Joong Ki juga merupakan antara selebriti yang mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa.

Difahamkan kepintaran pelakon Descendants of The Sun ini terbukti sejak sekolah lagi selepas berjaya meraih straight A’s dalam setiap mata pelajaran.

Dalam masa sama, pelakon kegemaran ramai itu juga memiliki tahap IQ 140 bahkan, berjaya mendapat markah 380 daripada 400 untuk peperiksaan kemasukan universiti berprestij.

Song Joong Ki mempunyai latar belakang pendidikan yang kukuh. Beliau berjaya melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Konkuk.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN