Sanggup panjat pagar rebut tempat duduk sambutan Merdeka

Sanggup panjat pagar rebut tempat duduk sambutan Merdeka

RATUSAN pengunjung sambutan Hari Kebangsaan 2025 bertindak memanjat pagar bagi mendapatkan tempat duduk awam yang dikhaskan. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semangat punya pasal dan sanggup ambil risiko, ratusan pengunjung sambutan Hari Kebangsaan 2025 bertindak memanjat pagar bagi mendapatkan tempat duduk awam yang dikhaskan.

Difahamkan, tempat duduk bertingkat itu hanya dibuka pada pukul 5 pagi, namun ada pengunjung tidak sabar menunggu lalu mengambil risiko memanjat pagar.

Tinjauan mendapati bukan sahaja remaja dan lelaki dewasa, malah wanita serta kanak-kanak turut melakukan tindakan sama demi mendapatkan tempat duduk lebih selesa.

Keadaan sedikit tegang apabila beberapa individu dilihat ‘memotong barisan’ dan terus duduk di kerusi khas berkenaan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengunjung yang hadir lebih awal.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya ditenangkan orang awam dengan bantuan anggota keselamatan bertugas.

Setakat pukul 3 pagi, semua tempat duduk bertingkat di hadapan Menara Prisma dan Wisma Tani sudah penuh, manakala kawasan tempat duduk berhampiran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup masih kosong dan dikawal anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Difahamkan, sebanyak sebanyak 8,000 tempat duduk disediakan kepada orang awam bagi sambutan Hari Kebangsaan 2025 kali ini berbanding 4,000 tempat tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN