KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat kemungkinan beberapa kelemahan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025, namun beliau menegaskan perkara itu bukan alasan untuk pihak tertentu membantah RUU berkenaan. Perdana Menteri berkata, pihak berkenaan sebaliknya wajar mengemukakan cadangan penambahbaikan berbanding membuat dakwaan kononnya kerajaan mahu merampas rumah didiami rakyat untuk pembangunan semula. “Soal nilai ambang yang menjadi antara isu pertikaian dalam RUU ini, boleh dibincangkan semasa…