PETALING JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan disifatkan sebagai langkah penting untuk memperkukuh tadbir urus kewangan negara dengan memastikan semua urusan perolehan berada dalam kerangka perundangan yang lebih ketat, telus dan berakauntabiliti. Ketua Biro Guaman dan Aduan Awam Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Naim Rafidi berkata, sebelum ini tiada undang-undang menyeluruh yang mengikat transaksi perolehan serta melibatkan entiti khas milik kerajaan. “Keputusan kewangan banyak dibuat melalui syarikat tujuan khas (SPV)…







