PEKAN: Penangguhan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) 2025 dilihat sebagai ruang penting untuk Kerajaan Negeri Pahang memberi pandangan secara menyeluruh melalui sesi libat urus bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pihak-pihak berkepentingan lain. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri menyambut baik keputusan kerajaan persekutuan menangguhkan pembentangan RUU terbabit. Katanya, langkah itu wajar kerana ia membolehkan pelbagai kebimbangan masyarakat terhadap cadangan RUU…