Rugi kalau tidak bekerja dalam bidang yang kita suka - Ooi Liang Chia - Utusan Malaysia

Rugi kalau tidak bekerja dalam bidang yang kita suka – Ooi Liang Chia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Meskipun memiliki ijazah sarjana muda dalam perundangan, Pelakon, Ooi Liang Chia, 31, tetap menganggap lakonan sebagai bidang yang sesuai untuknya.

Kata pelakon filem Citra Apartment itu, dia gembira kerana berpeluang melakukan kerja yang disukainya itu walaupun bidang tersebut jauh berbeza dengan latar pendidikannya.

“Rugi kalau tidak bekerja dalam bidang yang kita suka. Lagi pun, ijazah yang saya pegang dan ilmu yang saya kutip sepanjang empat tahun itu tetap bermanfaat walaupun saya tak jadi peguam.

“Ijazah yang saya miliki itu membuatkan ibu bapa yakin untuk melantik saya sebagai guru tuisyen anak-anak mereka,” katanya yang juga mengajar beberapa subjek termasuk Bahasa Melayu.

Menyedari bidang lakonan tidak sentiasa menjanjikan pekerjaan, pelakon berasal dari Kedah ini memaklumkan dia harus melakukan pekerjaan lain untuk menampung hidup.

“Hidup sebagai pelakon baru ini memang mencabar. Susah sebenarnya untuk mendapatkan tawaran berlakon.

“Sebab itu saya dalam masa yang sama, saya juga menjadi guru tuisyen, mengajar subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Sains untuk menyara kehidupan,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN