Ross Ariffin meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ross Ariffin meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Komposer terkenal, Ross Ariffin meninggal dunia pada usia 63 tahun.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang, di sini petang semalam.

Berita duka itu dikongsikan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menerusi aplikasi X.

“Saya sangat berdukacita menerima khabar pemergian seorang seniman tanah air, Ross Ariffin, petang tadi.

“Berita tersebut disampaikan pihak Rumah Seri Kenangan Cheras yang menjadi tempat tinggal Allahyarham Ross ejak November tahun lalu.

Uncle Ross merupakan komposer yang telah banyak menyumbang kepada industri muzik tempatan,” kongsinya.

Allahyarham pernah membarisi orkestra di London dan terkenal menerusi lagu-lagu ciptaannya yang dinyanyikan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aishah, Liza Aziz, Jaclyn Victor dan Fauziah Latiff.

Antara lagu popular ciptaan arwah adalah Kemaafan Dendam Yang Teindah dendangan Aishah, Dia (Fauziah) Kau dan Aku dendangan Ning Baizura.

Fahmi menyifatkan Allahyarham sebagai insan cekal yang tabah mengharungi cabaran hidup.

“Beliau berdepan dengan kehidupan yang mencabar, namun, tetap tabah meneruskan perjalanan sebagai anak seni.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman… Al Fatihah,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN