PETALING JAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang memantau rapat situasi susulan beberapa siri demonstrasi yang tercetus di kawasan Senayan, sejak 25 Ogos lalu. Kedutaan menerusi kenyataan memaklumkan, demonstrasi berkenaan menjejaskan aliran trafik apabila beberapa laluan di Jakarta Selatan dan Jakarta Pusat terpaksa ditutup oleh pihak berkuasa. Katanya, rakyat Malaysia yang menetap di Jakarta atau berada di sana atas urusan pelancongan, perniagaan dan sebagainya dinasihatkan sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui…